Produk mudah dilihat
Paparkan gambar, harga, kategori dan variasi produk dalam katalog yang boleh dibuka melalui telefon.
UNTUK BISNES KECIL, IMPIAN BESAR
Bina kedai online untuk bisnes WhatsApp anda. Pelanggan pilih produk sendiri, anda terima pesanan yang lebih tersusun. Katalog, cart dan checkout dalam satu link.
Katalog, cart & checkout dalam satu link
Anda fokus pada produk.
Biar link kedai urus pilihan pelanggan.
Ilustrasi kedai contoh
KURANG ULANG, LEBIH TERATUR
Kurangkan soalan yang sama. Beri pelanggan ruang untuk melihat produk dan menyediakan pesanan sebelum sambung berurusan dengan anda.
Paparkan gambar, harga, kategori dan variasi produk dalam katalog yang boleh dibuka melalui telefon.
Pelanggan pilih produk, isi maklumat dan pilih kaedah penghantaran. Anda terima butiran yang lebih tersusun.
Semak pesanan dan stok melalui dashboard. Sediakan pilihan cash, QR atau FPX mengikut tetapan kedai anda.
DARI KEDAI ANDA KE TELEFON PELANGGAN
Daftar akaun, tetapkan nama kedai dan masukkan produk anda.
Letakkan link di bio media sosial, status atau chat WhatsApp.
Pelanggan isi checkout. Semak rekod pesanan dan teruskan urusan melalui WhatsApp.
PAPARAN KEDAI SEBENAR
Ini contoh paparan kedai yang menggunakan Washop. Pelanggan boleh melihat katalog, memilih produk dan menyediakan pesanan sebelum menghantar ringkasan melalui WhatsApp.

MULA KECIL, SUSUN LEBIH BAIK
Pilih keahlian yang sesuai selepas mendaftar.
Tahunan
Untuk anda yang mahu mula membina kedai.
Seumur hidup
Untuk anda yang mahu terus menggunakan kedai.
Harga promosi keahlian semasa. Caj transaksi pihak ketiga, jika berkenaan, dikira berasingan. Sahkan pelan pada halaman pembayaran sebelum membuat bayaran.
SEBELUM ANDA MULA
Tidak. Anda boleh mengurus maklumat kedai, produk dan pesanan melalui dashboard yang disediakan.
Pelanggan boleh membuka link kedai melalui browser telefon dan memilih produk terus dari halaman kedai.
Penjual boleh mengaktifkan pilihan penghantaran dalam tetapan kedai. Pelanggan hanya boleh memilih kaedah yang diaktifkan semasa checkout.
Self Pickup - Ambil sendiri: Pelanggan mengambil pesanan di lokasi kedai. Hubungi penjual untuk mengesahkan masa pengambilan.
Self Delivery - Penghantaran oleh kedai: Kedai mengurus penghantaran ke alamat pelanggan dalam kawasan poskod yang ditetapkan oleh penjual. Caj penghantaran mengikut tetapan kedai.
Courier Delivery - Penghantaran kurier: Penjual menghantar barang melalui kurier. Caj ditetapkan oleh penjual mengikut kawasan Semenanjung atau Sabah/Sarawak. Pelanggan perlu mengisi alamat lengkap; masa penghantaran bergantung pada penyedia kurier.
Penjual boleh mengaktifkan pilihan pembayaran dalam tetapan kedai. Pelanggan memilih kaedah yang tersedia semasa checkout.
Cash - Tunai: Bayaran dibuat terus kepada penjual mengikut urusan yang dipersetujui, contohnya semasa mengambil pesanan. Pilihan tunai tidak tersedia jika cart mengandungi produk digital.
QR - Imbas dan bayar: Pelanggan membayar melalui kod QR kedai, kemudian memuat naik gambar resit sebelum menghantar pesanan. Penjual perlu menyemak penerimaan bayaran; resit yang dimuat naik bukan pengesahan automatik.
FPX - Perbankan online: Pelanggan dibawa ke halaman ToyyibPay untuk membuat bayaran melalui bank. Sistem merekodkan pesanan sebagai dibayar selepas bayaran berjaya disahkan. Penjual perlu menyediakan akaun ToyyibPay serta mengisi Category Code dan Secret Key dalam tetapan kedai.
Selepas pesanan disimpan, pelanggan boleh menekan butang WhatsApp untuk menghantar ringkasan kepada kedai. Anda juga boleh menyemak rekod pesanan dalam dashboard.
Tekan “Bina kedai anda”, daftar akaun dan semak pilihan keahlian. Kemudian lengkapkan tetapan kedai dan masukkan produk sebelum berkongsi link.
LANGKAH KECIL UNTUK BISNES ANDA
Beri pelanggan satu link yang mudah untuk memilih dan membuat pesanan.
Bina kedai anda